Oleh kerana hanya 2 universiti sahaja yang menawarkan program ini di Malaysia (UPM, Serdang dan UMK Kelantan) dan diiktiraf oleh JPA maka tempat adalah terhad dan anda terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang mempunyai keputusan sekurang-kurangnya 3.8.
Perkara berikut perlu diambil perhatian sekiranya anda benar-benar mahu impian menjadi kenyataan.
1. CGPA sekurangnya 3.8 untuk matrikulasi, asasi atau foundation, kerana ramai yang memohon. You are lucky if you get an offer if your result is 3.5.
2. MUET atleast 4.0 band. You are lucky to get an offer if u only getting 3.0
3. Sekiranya tidak mendapat tawaran, sila tulis surat rayuan dengan dokumen sokongan. Walau sukar untuk dipertimbangan kerana tempat adalah terhad.
Dalam masa yang sama, boleh juga memohon ke Universiti Gajah Mada, Universiti Bogor dan Universiti Airlangga. Ketiga-tiga universiti ini diiktiraf oleh JPA Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia dan yuran kursus adalah jauh lebih murah (dianggarkan RM10,000 setahun) berbanding di UK, Australia dan New Zealand. Saya tidak berapa pasti syarat kemasukkan tetapi sekiranya keputusan asasi/matrikulasi dan STPM sekurangnya B dalam semua matapelajaran saya rasa tiada masalah.
Sebaiknya mohonlah serentak kelima-lima universiti ini selepas mendapat keputusan akhir semester atau tamat kursus asasi/matrikulasi atau STPM, kerana pengambilan hanya sekali setahun iaitu 1 September. Anda kena download borang dan informasi penting melalui laman web universiti masing-masing.
Universiti terkemuka lain di UK, Australia dan New Zealand juga banyak menawarkan Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf MRCVS dimana anda boleh dimana-mana tetapi kos adalah mahal sekitar RM500,000.00.
Peluang pekerjaan graduan veterinar ini amat luas, mencabar dan exciting iaitu; pegawai veterinar, pensyarah, penyelidik, klinik swasta, usahawan, guru dan pegawai tadbir. Dan yang paling seronok adalah mendapat gelaran Dr. didepan nama anda. Gelaran ini kekal sepanjang hayat selagi anda berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC).
Sekian semoga anda berjaya dalam karier anda dan berjaya mengejar impian sebagai seorang doktor veterinar.
No comments:
Post a Comment